Wednesday, June 2, 2010

KEMBARA TARBAWI 4WD BERSAMA DATO' SERI TUAN GURU PRESIDEN



04/06/2010
Bismillahhirrahmanirrahim.
salam dari kelab PADAT.. alhamdulillah syukur ke hadrat ILAHI dengan limpah dan kurniaNya program yg kami tggu selama ini dilaksanakan.Walaupun terpaksa menunggu sekian lama,dengan pertindihan program Tok Guru, maka perancangan kembara ini terpaksa ditangguhkan.

Pada tanggal 4jun 2010, jam 7.45pg: kelab PADAT berkumpul di Restoran Nur Saubah untuk sama2 konvoi ke Rusila bagi program perasmian dan pelepasan yg dilakukan sendiri oleh Tuan Guru Hj Hadi.

Jam 9.15pg: Peserta PADAT sampai di perkerangan MASJID Rusila untuk sesi pendaftaran. PADAT berjaya mengumpulkan sebanyak 9 buah 4wd untuk turut serta dlm program ini. Kira-kira 25-30 buah kenderaan telah pun mendaftar sebagai kenderaan untuk mengikuti program dan masih menunggu peserta yang belum tiba. Pada maklumat yang kami terima, sebanyak 52 akan turut serta mengikuti program KEMBARA TARBAWI 4WD BERSAMA TUAN GURU PRESIDEN.





(info akan menyusul-terpaksa tggu sehingga selesai program)

07/06/2010
alhamdulillah, setelah 1hari berehat dan beriadah bersama keluarga, saya sambungkan serba sedikit info tentang Kembara 4x4 Tarbawi Bersama Dato Seri Tuan Guru Presiden, sepertimana sedia maklum, program ini bermula pada 04-05jun 2010.
setelah bertolak dari Rusila,jam 10.30pg, kami mula berkonvoi menghala ke Masjid Pasir Minar dan sampai disana pada jam 1tghari dan mula bersiap sedia untuk solat Jumaat dan menghadiri satu majlis makan yang disediakan oleh penduduk setempat untuk meraikan kehadiran Presiden.








pada jam 5ptg, peserta konvoi mula tiba di lokasi program, semua peserta mula menyiapkan tempat penginapan masing2...















ni brader brahim.. tukang masak kitaorg.. hehe..




hari kedua program, 05/06/2010...
setelah selesai solat suboh dan tazkirah dari Presiden PAS, kami menjamu selera sarapan pagi dan seterusnya melihat beberapa aksi lasak yang ditunjukkan oleh peserta dengan menggunakan kenderaan 4wd masing2...




















No comments: