Wednesday, February 22, 2017

PENGUKUHAN BAHASA ARAB - SMASID

Tanggal 10 & 11hb Februari 2017, satu program  telah disusun oleh pengurusan Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun - SMASID bersama Kelab Kebajikan & Rekreasi Peminat Pacuan Empat Roda , Dungun, Terengganu (PADAT)  berlangsung dengan jayanya.

Peserta seramai 50 orang yang terdiri dari pelajar dan guru - guru sungguh teruja dengan pengalaman baru yang mereka tempuhi. Perjalanan sejauh 20km offroad bersama kenderaan pacuan 4 roda yang menempuh pelbagai halangan, menyumbangkan memori indah untuk mereka kenangi.

Cikgu Nordin, sebagai guru penyelaras program adalah figura utama dalam menjayakan program kali ini. Ini bukan kali pertama kami bersama - sama beliau. Kreativiti beliau dalam pengisian program terus menghidupkan suasana sepanjang 2 hari 1 malam tersebut.

Program yang diberi tajuk " PENGUKUHAN BAHASA ARAB" yang julung kali diadakan diluar kawasan sekolah sedikit sebanyak memberi tempias kepada kami ahli PADAT untuk 'mencuri' pembelajaran bahasa arab didalam modul yg disusun.


Cg Nordin sedang mengendalikan pengisian program.

Kena denda niii....

Makaaannnn time!!!

Halangan diawal perjalanan...


Pilot dipertanggungjawabkan menjaga penumpang masing2...jadi takut x kenal/terlupa...ambik gambar dulu...





Tuan Pegawai dari Pejabat Agama Negeri Terengganu, Ustaz Muhammad  Nasir
Suka sangat!

sessi bergambar beramai2....
Terima Kasih dan sehingga berjumpa lagi dilain2 program.....
lanjut di facebook kami :  PADAT 4X4 DUNGUN.

Sunday, September 11, 2016

MUSLIM SURVIVOR CAMP - POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

26hb Ogos 2016, Hulu Dungun. Lubuk Puteri, Sungai Loh yang sealiran dengan Sungai Dungun. Lokasi menarik di Hulu Dungun ini banyak terkandung didalamnya keindahan Flora dan kepelbagaian Fauna sememangnya pasti akan menggamit pengunjung untuk menikmati keindahannya.


PADAT 4x4  telah dipilih oleh Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun untuk bekerjasama menjayakan program “ MUSLIM SURVIVOR CAMP”  yang melibatkan seramai 130 pelajar dan 15 orang pegawai. Mengikut En Wan Zaimi Wan Yusof selaku Kem Komandan, program ini bertujuan mendedahkan kepada pelajar mengenal tanggungjawab dan fungsi kepimpinan dalam berorganisasi, langkah menangani krisis bila berlaku pertembungan "suasana kritikal" untuk membuat sesuatu keputusan dan melatih gerakerja berkumpulan secara berkesan.









Presiden Kelab Peminat Pacuan Empat Roda, Dungun, Terengganu; PADAT, En Wan Mohd Adib diberikan peluang untuk berkongsi pengalaman selama menerajui PADAT 4x4 serta memberikan tip - tip "Jungle survival" kepada para peserta.





Program dua hari satu malam itu memilih lokasi Lubuk Puteri sebagai “camp site” pilihan mereka.




Dengan kepelbagaian aktiviti yang telah disusun oleh pihak urusetia, PADAT telah ditugaskan untuk  “back up” transport dan penyediaan makanan sepanjang program berlangsung. 



Persiapan awal, sememangnya banyak yang perlu dibereskan... terima kasih atas kerja sama semua...Tn Hj Udin & Junior...







 Jungle tracking.... 2 km tidak membosankan.















Kesemua penyertaan adalah dari gabungan 4 persatuan – persatuan dibawah ko-kurikulum Politeknik.

Diatas permintaan khas.... "bilik kecil " turut disediakan.








 Hj Azimi Mohamed, Sharifuddin Ahmad, Hasbullah, Baihaki, Ridzuan, Hj Udin, Kazarudin, 
Wan Md Adib, Razali C. Ngah
bersama - sama rakan - rakan yang turut membantu...


Sebahagian dari abang2 PADAT yang turut menjayakan "MUSLIM SURVIVOR CAMP" bersama Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu.

Thursday, September 1, 2016

KEMBARA MAHABBAH KE SUNGAI KELEMIN BERSAMA POPT.

Dungun, 13 & 14 Mei 2016.
Sungai Kelemin, Hulu Dungun. Saya tidak menjangkakan trip yang julung kali diadakan bersama Persatuan Orang Pekak dan Bisu dari Kuala Terengganu (POPT) menjadi sesuatu yang sangat mengujakan kami warga PADAT.

Pengalaman pertama kali bersama- sama kalangan warga istimewa ini sesungguhnya  akan tersemat sebagai kenangan yang sukar untuk dilupakan. 

Insan teristimewa ini sedikit sebanyak telah membuka lebaran baru kepada kami. Kasih sayang sesama manusia,  betapa gembiranya mereka apabila sesuatu yang belum pernah mereka lalui, kini diberi peluang untuk merasakan keindahan alam anugerah ilahi dengan lebih mendalam dan apatah lagi perkongsian pengalaman mereka ini diharungi bersama keluarga masing masing dengan menaiki pacuan empat roda PADAT, yang diidamkan setahun yang lalu dan kini menjadi kenyataan.
 POPT diterajui oleh YM Tengku Arman Haris bin Tengku Ismail, beliau amat berharap agar program ini dapat dilaksanakan sebagaimana mengikut perencanaan. Perbincangan awal kami mula menetapkan tarikh dan kemudian itu memulakan persiapan – persiapan lain setelah penetapan penyertaan yang akan bersama dalam “Kembara Mahabbah ke Sungai Kelemin 2016”.

Roll Call di Jambatan Besi sebelum meneruskan perjalanan.











Cikgu Wan Abd Rahim, ketua persiapan tempat dan khemah tak menang tangan melayan permintaan dari kaum Hawa.






Tengku turut beraksi. Acara memanah juga tak kurang hebatnya kumpulan yang dianggotai beliau.


 Chef. Terima kasih mr Chef....


Kumpul semua gambar2 yang diambil sepanjang program. Semoga akan ada trip susulan bersama POPT dimasa masa akan datang. Kami begitu gembira dapat bersama sama dengan POPT. Wassalam.