Tanggal 10 & 11hb Februari 2017, satu program telah disusun oleh pengurusan Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun - SMASID bersama Kelab Kebajikan & Rekreasi Peminat Pacuan Empat Roda , Dungun, Terengganu (PADAT) berlangsung dengan jayanya.
Peserta seramai 50 orang yang terdiri dari pelajar dan guru - guru sungguh teruja dengan pengalaman baru yang mereka tempuhi. Perjalanan sejauh 20km offroad bersama kenderaan pacuan 4 roda yang menempuh pelbagai halangan, menyumbangkan memori indah untuk mereka kenangi.
Cikgu Nordin, sebagai guru penyelaras program adalah figura utama dalam menjayakan program kali ini. Ini bukan kali pertama kami bersama - sama beliau. Kreativiti beliau dalam pengisian program terus menghidupkan suasana sepanjang 2 hari 1 malam tersebut.
Program yang diberi tajuk " PENGUKUHAN BAHASA ARAB" yang julung kali diadakan diluar kawasan sekolah sedikit sebanyak memberi tempias kepada kami ahli PADAT untuk 'mencuri' pembelajaran bahasa arab didalam modul yg disusun.
 |
Cg Nordin sedang mengendalikan pengisian program. |
 |
Kena denda niii.... |
 |
Makaaannnn time!!! |
 |
Halangan diawal perjalanan... |
 |
Pilot dipertanggungjawabkan menjaga penumpang masing2...jadi takut x kenal/terlupa...ambik gambar dulu... |
 |
Tuan Pegawai dari Pejabat Agama Negeri Terengganu, Ustaz Muhammad Nasir |
 |
Suka sangat! |
 |
sessi bergambar beramai2.... |
Terima Kasih dan sehingga berjumpa lagi dilain2 program.....
lanjut di facebook kami : PADAT 4X4 DUNGUN.
No comments:
Post a Comment