7hb Februari 2014. Kembara ke Sungai Kelemin yang disertai oleh seramai 88 peserta amat mengujakan keseluruhan peserta. Sungai Kelemin yang terkenal dengan kejernihan airnya dan sungai yang sungguh mendamaikan mampu menggamit kembali sesiapa sahaja yang pernah berkunjung kesana.
Pengembaraan yang melibatkan 30 buah jalopy dengan jarak 93.7 kilometer dari bandar Dungun membuatkan hampir semua peserta tidak akan melepaskan peluang untuk berendam dalam kejernihan dan kesegaran air sungai Kelemin. Kesempatan berendam air dingin yang jernih terus diambil peluang oleh para peserta sejurus tiba dan siapnya gotong royong mendirikan khemah induk.
Alhamdulillah, perjalanan kami tidak terganggu dengan apa apa kesulitan, memandangkan track yang dilalui mudah dan memuaskan bagi "beginner" dalam offroad.
Antara waktu yang menyeronokkan, menikmati juadah tengahari sementara menunggu masuknya waktu solat jumaat. Kami berkelah di gigi air sungai kampung Jongok Batu.
Tuan Haji Abu Bakar, Cheff kami. Trip kali ini, peserta dihidangkan dengan kuah singgang ikan tongkol. Tak tersedar, bila dia masak, tahu tahu Haji bagi signal, makanan dah siap!!....
Kalau dalam group perempuan, saya kira dia akan di"cop" sebagai Joyah!!.... Kecoh...tapi bisa menghidupkan suasana. Naraza akan berada dimana sahaja, dan tanpa mengira waktu.... tinggal lagi, saya belum tengok dia jadi Imam sembahyang... yang lain2...semua dia pulun. NARAZA MUDA, mewakili Hijau.FM yang membuat liputan program kami. terima kasih dari PADAT untuk Hijau FM.
Tuan Haji Udin. Tak senang duduk selagi kerja kerja tak selesai. believe Me, its very rare to find someone like him....Thank you Abg Haji. Penyabar orangnya...
Yang ni, Bro Sam!!..... kalau dah mula bercakap/ceramah....payah nak landing...
No comments:
Post a Comment