1st of all... PADAT merakamkan syukur ke hadrat Ilahi dengan kesejahteraan dan keselamatan kami semasa mengadakan program kali ini. Walau bagaimana pun program yang kami rancang telah bertukar menjadi satu tragedi yang amat sukar dilupakan.
Seawal pagi jam 9.00am, semua peserta program berkumpul di tapak letak kereta di hadapan gerai buah Dungun. Sebanyak 13 buah kenderaan pancuan 4roda dan 5buah motocross telah turut serta dalam kembara 4x4 pada kali ini.
Jam 10.30 pagi, semua peserta mula bertolak ke Padang Pulut untuk seisi taklimat dan pelepasan yang dilakukan oleh Ust Azman Shapawi Bin Rani selaku Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Padat mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ust Azman dengan pemberian buah durian untuk dibekalkan kepada semua peserta sewaktu program dijalankan. Jam 11.00 pagi tiba di Padang Pulut dan meneruskan perjalanan ke lokasi pada jam 11.30pg.
Jam 12.15 tghari, Peserta mula berhenti berehat di kampung Jonggok Batu untuk makan tengahari dan solat Jumaat.
Jam 2.30 petang, peserta PADAT mula meneruskan perjalanan dan mula memasuki laluan hutan seawal 3.30ptg.
Jam 5petang,semua peserta selamat tiba di destinasi walaupun terpaksa mengharungi beberapa rintangan. setiba di sana, semua peserta diberi tugasan untuk memastikan segala kemudahan seperti dapur, khemah untuk tidur dan khemah untuk dijadikan sebagai surau tersedia.
Jam 6.15 ptg hujan mulai turun dan angin yang kuat telah merobohkan khemah utama namun tidak mematahkan semangat peserta untuk membina kembali.
Jam 7petang,dengan keadaan yang hujan yang agak lebat, telah terjadi fenomena "kepala air" yang amat deras sehinggakan sebuah pancuan 4wd ditenggelami air. kejadian itu berlaku terlalu pantas sehinggakan peserta gagal menyelamatkan segala bekalan makanan utama. Dalam keadaan cemas peserta hanya mampu menyelamatkan diri dan kenderaan masing2 bagi memastikan berada di tempat yang tinggi daripada limpahan air sungai yang deras. Kanak-kanak dan wanita sempat melarikan diri ke dalam hutan manakala peserta lelaki menjalankan kerja - kerja menyelamat. Pemilik kenderaan 4wd iaitu saudara Anuar telah pun ditenggelami air kerana gagal mengalihkan ke tempat yang selamat.
Lebih kurang Jam 9.30 malam, air mulai perlahan, kenderaan yang ditenggelami air mula ditarik dengan menggunakan Winch. setelah ditarik, mekanik cuba memeriksa kenderaan dan sedikit servis dilakukan, Alhamdulillah kenderaan tersebut berjaya dihidupkan dan ada sedikit berlaku short circuit. Dengan limpahan air yang banyak, laluan asal untuk pergi ke lokasi perkhemahan telah pun tenggelam, dengan itu peserta diberi tugasan yang baru iaitu mencari dan membuat laluan baru bagi memastikan semua peserta dan kenderaan selamat keluar dari lokasi perkhemahan. Sebelum meneruskan operasi seterusnya, peserta sempat menjamu selera manisan buah durian yang diberikan oleh ust Azman.
lebih kurang Jam 10.30 malam,Setelah membina laluan baru, pemilik kenderaan 4wd sekali terpaksa harungi halangan kerana laluan tersebut agak licin dan bertebing.
sekitar Jam 1.30pagi, peserta masih berada di laluan keluar, hanya beberapa kenderaan yang berjaya keluar dari tapak perkhemahan tanpa menggunakan winch, yang lain terpaksa ditunda.
Jam 3.30pagi, semua kenderaan berjaya dikeluarkan, setelah berehat selama 30minit, peserta mula bertolak dan mencari tempat yang lebih selamat.
Jam 5.00 pagi,setibanya di lokasi yang selamat, peserta mula solat dan tidur. Setelah 1jam 30mnt, peserta menyiapkan diri untuk solat subuh dan kembali berehat semula. Pada jam 8.30pg, peserta meneruskan perjalanan pulang.
Kiraan kasarnya, PADAT kerugian RM350-RM400 tidak termasuk kerugian terhadap peserta setelah kejadian fenomena 'kepala air' ini berlaku.
No comments:
Post a Comment