Friday, May 7, 2010

perasmian padat





Bismillahhirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, bersyukur pada Allah S.W.T, serta tidak lupa untuk sama-sama berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, pada tarikh 7/5/2010 Pakatan Rakyat Dungun Adventure Team (PADAT) telah dirasmikan dengan jayanya oleh Tuan Guru Dato' Hj Harun Taib di Dewan Darul Bayan, Pinang Merah, Paka. InsyaAllah, dalam masa yang terdekat ini, PADAT akan melancarkan program sulongnya iaitu Ekspedisi ke Era Keling, Pasir Raja pada 14 & 15 MEI 2010 ini. Antara objektif penubuhan PADAT ialah :-

1. menghimpunkan seramai mungkin pemilik kenderaan pacuan 4 roda Dungun
2. penyatuan ahli kelab di bawah satu Fikrah Jemaah
3. meningkatkan ikatan ukhuwah sesama ahli kelab
4. beramal kebajikan melalui aktiviti kelab
5. mengeratkan hubungan silaturrahim antara penyokong Pakatan Rakyat Dungun.

note: gambar atau video perasmian akan diselitkan bersama setelah segala upacara selesai.
Wallahua'lam..

sambungan,
jam 08.00mlm..


1 comment:

abgmat7902 said...

alhamdulillah syukur akhirnya berjayalah PAS kawasan Dungun menubuhkan satu kelab 4x4.. semoga kelab ini dpt memenuhi segala objektif penubuhan..InsyaAllah