Wednesday, June 20, 2012

X-PLORASI TV1.

April 2012. 28hb April 2012 merupakan detik cukup bersejarah bagi Kelab Peminat Pacuan Empat Roda, Dungun, Terengganu (PADAT 4x4)kerana tarikh tersebut telah melakarkan sejarah setelah kurang lebih setahun yang lalu Kelab ini diujudkan, kami dilamar oleh RTM untuk membuat penggambaran ekspedisi yang yang akan mempromosikan salah satu produk pelancongan negara. Lamaran RTM yang telah bermula kira - kira sebulan lalu disusun oleh Penerbit rancangan aktiviti lasak, X-Plorasi RTM TV1, Saudara BOB. Dengan perbincangan dan susunatur yang dibuat, kami digabungkan pada 26hb April di Hentian Teksi Dungun. Disinilah bermulanya Ekspedisi kami sebelum meredah cabaran OffRoad Felda Mengkawang - Kelemin - Chengal Besar. Hos yang bersama - sama menempuh cabaran ini sudah tidak asing lagi, Azura Zainal. Perincian program yang dijangka akan keudara pada September 2012 melalui RTM TV1 boleh diikuti melalui http://xplorasirtm1.blogspot.com/2012_04_01_archive.html . Supaya ianya tetap dinantikan dengan penuh "suspen"....saya tidak berhasrat menghuraikannya dengan mendalam sehinggalah telah disiarkan keudara. Nantikannya...