Terlebih dahulu kami mengucapkan syukur terhadap Ilahi dengan limpah dan kurnianya memberikan kami kekuatan untuk mengendalikan satu lagi program. Pada kali ini, kami mengumpulkan 32 buah pancuan empat roda dikalangan 4 kelab 4x4 yg terdapat di sekitar Dungun dan Marang. Antara kelab yg terlibat dalam program ini ialah kami sendiri iaitu PADAT 4x4, LANG 4x4, RANGGOK 4x4 dan LABA 4x4, manakala seramai 70 org yang turut serta.







Dikesempatan yang ALLAH berikan, kami mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta yg telah menjayakan program ini. Kami jugak memohon jutaan kemaafan sekiranya ada cacat celanya semasa program dikendalikan.