Saturday, August 14, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA PADAT 4X4

Bismillahhirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, bersyukur pada Allah S.W.T, serta tidak lupa untuk sama-sama berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, pada tarikh 12 OGOS 2010 bersamaan 02 Ramadhan 1431h, Pakatan Dungun Adventure Team (PADAT) telah mengadakan satu majlis jamuan berbuka puasa.

Bagi menyerikan majlis, PADAT menjemput Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani selaku Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Diatas komitmen dan kesanggupan rakan2-rakan berkumpul dalam majlis yang tak seberapa ini, PADAT merakamkan jutaan terima kasih, tidak ketinggalan wakil dari LANG 4x4, Pok Pin, kami mengucapkan ribuan terima kasih dengan kesudian untuk berkumpul dengan rakan-rakan PADAT.










Friday, August 13, 2010

TRIP MENGKAWANG KE SUNGAI KELEMIN-05-07 ogos 2010

Terlebih dahulu PADAT mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya PADAT berjaya mengadakan satu lagi aktiviti lasak 4x4. Diatas permintaan sahabat-sahabat dari PADAT yanag mana inginkan perjalanan yang lebih hardcore, kami memilih laluan dari Felada Mengkawang dan menuju ke Sungai Kelemin. Di fahamkan, laluan aktiviti kali ini begitu lasak, kami (PADAT) bergabung tenaga dengan LANG. Kami meminta LANG mengatur dan mengetuai program kali ini. Dengan bantuan rakan -rakan dari LANG, PADAT mampu menimba ilmu yang lebih hardcore dan juga beberapa cara untuk melepasi halangan bagi memastikan perjalanan mampu diteruskan.