Friday, May 14, 2010

Program Ke Jeram Keling (Pasir Raja)

Alhamdulillah syukur dengan limpah dan kurniaNya PADAT berjaya mengadakan program sulongnya seperti mana perancangan awal di dalam majlis perasmian minggu lalu.
Program ini bermula pada 14 mei dan berakhir pada 15 mei. Pertama kalinya program yg dianjurkan oleh PADAT telah berjaya mengumpul sebanyak 13 buah kenderaan pancuan empat roda.
Pada 14mei jam 10.30pg, sesi pendaftaran bermula setelah kuliah UST Saiful selesai.kami semua bertolak pada jam 11.30pg yang mana pelepasan dilakukan oleh UST Saiful selaku Timb. Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun merangkap Timbalan 3 PesuruhJaya Pas Negeri Trg.








Jam 12.00 tghari: peserta tiba di kampung Shukur untuk solat Jumaat dan bertolak semula pd jam 2pm untuk meneruskan ke destinasi.















Pada jam 4.30pm semua peserta selamat tiba di destinasi walaupun terpaksa mengharungi beberapa rintangan. setiba di sana, semua peserta diberi tugasan untuk memastikan segala kemudahan seperti dapur, khemah utk tido dan khemah untuk dijadikan sebagai surau tersedia.





Jam 7.15:semua peserta berkumpul untuk solat Magrib yg diimamkan oleh Presiden Kelab. Peserta terus berkumpul dikhemah surau untuk menunggu solat Isyak.
sesi seterusnya adalah sesi perlantikan jawatankuasa kelab. jam 10.30 kesemua jawatan telah dilantik dan PADAT telah maju setapak lagi dengan adanya ahli jawatankuasa bg meneruskan aktiviti selepas program ini. InsyaAllah.







Jam 6am (15mei 2010-hari terakhir prog)- semua peserta berkumpul di khemah surau untuk solat subuh.Selesai sarapan pagi, semua peserta berkemas untuk berangkat pulang. Jam 9.30am semua peserta mula meninggalkan lokasi perkhemahan.








Friday, May 7, 2010

perasmian padat





Bismillahhirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, bersyukur pada Allah S.W.T, serta tidak lupa untuk sama-sama berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, pada tarikh 7/5/2010 Pakatan Rakyat Dungun Adventure Team (PADAT) telah dirasmikan dengan jayanya oleh Tuan Guru Dato' Hj Harun Taib di Dewan Darul Bayan, Pinang Merah, Paka. InsyaAllah, dalam masa yang terdekat ini, PADAT akan melancarkan program sulongnya iaitu Ekspedisi ke Era Keling, Pasir Raja pada 14 & 15 MEI 2010 ini. Antara objektif penubuhan PADAT ialah :-

1. menghimpunkan seramai mungkin pemilik kenderaan pacuan 4 roda Dungun
2. penyatuan ahli kelab di bawah satu Fikrah Jemaah
3. meningkatkan ikatan ukhuwah sesama ahli kelab
4. beramal kebajikan melalui aktiviti kelab
5. mengeratkan hubungan silaturrahim antara penyokong Pakatan Rakyat Dungun.

note: gambar atau video perasmian akan diselitkan bersama setelah segala upacara selesai.
Wallahua'lam..

sambungan,
jam 08.00mlm..